Friday, January 11, 2013

Kuih Cucur jawa aka kuih topi mexico dan kuih ketayap aka kuih gulung

Sarapan pagi jumaat tema hijau.....kuih cucur jawa & kuih ketayap...bekasnya  tutup hijau...

Tema sarapan pagi ni hijau....sampaikan bekasnya pun tutup hijau....

Sarapan pagi jumaat tema hijau.....kuih cucur jawa & kuih ketayap...bekasnya  tutup hijau...

Kuir cucur jawa/
resepinya....

2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1 cwn gula putih/gula merah
 2 cwn air
 sedikit garam
-------
gula putih/gula merah masak air hingga semua gula cair,
Bila air gula dah suam2 kuku bancuhkan dengan tepung.
Perap semalaman.
Goreng dengan minyak sederhana banyak, agak2 cukup utk sebiji kuih jer dan api sederhana.
Tuang sesenduk adunan dalam minyak, biarkan dah kuning2 skit tepinya dan atasnya dah berongga2 tu, baru terbalikkan, kalau terbalikkan awal sangat nanti topinya tak kuar...
Toskan minyaknya bila dah angkat.

Resepi ni saya  cnp dari MaDiHaA a.k.a Ratna. bahan2 yang sama cuma jumlah yang berbeza. Kalau yang atas ratio tepung gandum dan tepung beras adalah 2:1 yang bawah ni plak 5:1. Boleh la cuba mana2 resepi sebab hasilnya nanti pasti lebih kurang sama jer...cumanya kat atas tu pakai cawan2 jer...tak payah nak kuarkan penimbang...

Bahan2:
500g tepung gandum
100g tepung beras
650 air(200ml air pns+450ml air kosong)
3/4 sudu teh garam
500g gula apong/gula melaka
Minyak masak

Cara2:
Dalam bekas, satukan tepung gandum dan tepung beras.
Dalam bekas lain, bancuh gula apong dengan
200ml air panas (boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka)
Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya.
Tuang air gula apong tadi ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.
Tapis adunan dan perap semalaman. 
Panaskan 2/3 cawan minyak masak (guna api perlahan), ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali.
Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan.
Toskan minyak.

*****************

Kuih ketayap ni dulu pun dah pernah posted kat blog ni....yang resepi kali ni saya tak ikut sesiapa, buat berdasarkan pengalaman jer...maklumlah makanan tradisi sejak kecik lagi...selalu tengok kakak2 dan ibu tiriku membuatnya...jadi boleh ejas sendiri jer jumlah air dan tepungnya kan...

Sarapan pagi jumaat tema hijau.....kuih cucur jawa & kuih ketayap...bekasnya  tutup hijau...
Kuih ketayap
resepinya...

2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn - 3 cwn air
2 biji telur
pewarna atau daun pandan
sedikit garam

-------------
Kisar daun pandan dengan air dan tapiskan. Masukkan tepung, air pandan, telur dan garam ke dalam pengisar dan kisar sebati semuanya.
Ambil setengah senduk adunan dan tuangkkan ke dalam pan/kuali yang telah digris dengan sedikit minyak. Ratakan adunan dan angkat bila nampak dah masak, biasanya bila bahagian tepinya dah kering bolehlah diangkat.

Inti

1 biji kelapa parut (ambil yang putih sahaja)
Gula putih atau gula melaka (manis ikut citarasa)
kalau guna  gula putih boleh letak pewarna kalau mahu
1/2 cwn air
sedikit garam

-----
Masak semua hingga gula hancur dan sebati dengan kelapa.
Masak sehingga inti agak kering.

------------------------------------------------------
Ambil sekeping kulit ketayap, letakkan inti dan gulung la...kalau berkesempatan nanti saya uploadkan gambar menggulung ketayap ni ye...

Sarapan pagi jumaat tema hijau.....kuih cucur jawa & kuih ketayap...bekasnya  tutup hijau...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...