Saturday, January 5, 2013

Cream puff/chocolate eclair

Ini resepi yg lebih kurang sama dengan yg biasa saya guna tetapi sukatannya berbeza. Lebih mudah prosesnya. Rasanya tak lah mengecewakan.......

Bahan2
50 g mentega
50 ml air
50 ml susu segar
2 biji telur
3/4 cwn tepung gandum.
Cara2
Masukkan mentega, air dan susu. Masakkan hingga mentega cair.
Masukkan tepung dan kacau hingga tak melekat pada periuk. Tutup api.
Masukkan telur sebiji2 dan kacau hingga sebati menggunakan whisker.
Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan ke atas dulang.
Bakar pada suhu 170 celcius hingga keperangan selama lebih kurang 25 minit.


Resepi Amy Beh yg telah diterjemahkan. Saya buat dua bancuhan. Resepi ni dah lama saya guna. Memang lembut dan gebu....

Bahan2
120 g mentega
250 ml air
1/2 st garam
4 biji telur
150 g tepung
Cara2
Masukkan mentega dan air ke dalam periuk dan masak hingga mentega cair.
Angkat daripada api.
Masukkan tepung dan garam. Kacau rata.
Letak semula ke atas api. Kacau laju2 sehingga doh tidak melekat pada periuk.
Tutup api. Biarkan sejuk sedikit.
Pecahkan telur satu persatu, sebatikan adunan.
Sudukan bancuhan atau masukkan ke dalam piping bag. Saya selalu guna nozel utk buat biskut dahlia tu.
Paipkan ke atas dulang.
Bakar pada suhu 170 celcius selama 25 minit atau hingga keperangan. (amy guna dua suhu, 200 c selama 10 dan 180 c selama 15 minit).
***Kuarkan dari oven dan lubangkan sedikit utk mengeluarkan haba panas supaya bentuknya kekal setelah sejuk.
Paipkan inti kastard atau whipping cream atau apa saja ikut citarasa.
Utk eclair, celup permukaan atas puff dgn coklat yang telah dicairkan.


Versi asal Amy Beh

Ingredients
60g butter
125ml water
A pinch of salt
2 eggs
75g flour
Method
Put butter and water in a deep saucepan and bring to boil slowly. (Do not allow water to boil before the butter has melted.)
Remove saucepan from heat.
Add in flour and salt.
Place saucepan over the heat and stir quickly until a ball is formed and the dough comes away from the sides of the saucepan.
Remove the saucepan from the heat and leave to cool slightly (approximately five minutes). Beat in eggs one at a time until the dough becomes stiff.
Place teaspoonfuls of the dough on a greased baking sheet.
Bake in a preheated oven at 200 degrees C for 10 minutes.
Reduce the temperature to 180 degrees C and continue to bake for 15 minutes, then leave the puffs to cool in the oven.
Fill the empty shells with custard cream or any desired cream.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...