Thursday, January 17, 2013

Kek Pandan Marmar

Resepi ni saya Cnp dari tiffinbiru.com. Tetiba rasa teringin nak makan kek pandan. Kek ni gebu dan lembut macam span....bakar pun tak lama...jom kita makan.....

BAHAN-BAHANNYA :-)

125 gram mentega, cair dan sejukkan
125 gram gula kastor
125 gram tepung gandum, diayak
4 biji telur gred A
1/2 camca besar ovallate
2 camca besar susu pekat manis
1/2 camca besar esen vanilla
1/2 camca besar coklat emulco
1 camca besar serbuk koko
1/2 camca besar pes pandan
Badam cincang untuk hiasan (optional)
Dusting powder @ gula aising untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 7 atau 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.

Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit).

Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula. Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak, satu diletak pandan paste, kacau rata.
Satu lagi diletak esen vanilla, coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati. Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan dan coklat. Mulakan di bahagian tengah tin, hingga siap.

Tabur dengan badam cincang, dan bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Keluarkan kek dan terbalikkan atas jaringan, buang kertas alas dan biar kek sejuk. Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan, jika suka. Boleh dihidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...