Resepi yang dicilok daripada kak
ida 1001 resepi
Bahan-bahan :
1/2 cawanmentega
2/3 cawan gula halus
1/4 madu
2 biji telur
1/2 sk garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sk baking powder
3/4 cawan yellow corn meal/polenta
1/2 cawan susu segar
3/4 cawan jagong frozen(kalau guna jagung fresh pun ok)
cara-caranya :-
- Pukul mentega, gula dan madu hingga kembang.
- Masukkan telur dan garam. Pukul lagi hingga gebu.
- Di dalam mangkuk lain satukan tepung, baking powder (diayak) dan cornmeal dan jagung.
- Masukkan bahan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan diselang seli dengan susu segar. Pukul rata.
- Kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dlam papercup atau cawan muffin.
- Bakar pada suhu 180 selama 25-30 minit atau hingga keperangan.
No comments:
Post a Comment