Friday, June 16, 2017

Telur itik masak lemak cili padi


Iftar ke 20. Masakan simple jer hari ni....tak dan...balik lewat skit hari ni.


Jom la tengok jap resepi Masak Lemak Telur Itik @ ZLC

8 Biji telur itik - pecahkan dalam acuan yg disapu minyak dan kukus.
15 biji cili padi
2 biji cili merah
1 ketul kunyit hidup
4 ulas bawang merah
2 batang serai diketuk
2 keping asam gelugur
3 cawan santan
Garam secukup rasa


Tumbuk cili, bawang dan kunyit hidup. Masukkan dalam periuk bersama bahan2 lain kecuali garam. Masak hingga mendidih dengan api kecil. Kacau selalu supays tak pecah minyak. Perasakan dengan garam secukup rasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...