Friday, June 9, 2017

Menu Iftar 13 Ramadhan : Tomyam Poktek

Menu utama semalam. Suka masak tomyam sebab mudah disediakan dan sedap di makan.


Menu Iftar 13 Ramadhan : Tomyam Poktek

Bahan2nya

1 kg udang sederhana besar
(boleh pelbagaikan dengan makanan laut lain)

1 bunga kobis dipotong mengikut floretnya
1 biji lobak merah di potong ikut citarasa masing-masing
2 biji buah tomato di potong 4
1-2 tangkai daun ketumbar (jika suka)
10 biji cili padi dititik (boelh tambah ikut citarasa)
Cendawan pilihan
2 biji bawang besar - hiris bulat
3 inci lengkuas - titik
2 batang serai dititik
5 sdb pes tomyam
1/4 cawan santan pekat
jus perahan limau secukup rasa
3 helai daun limau purut - hiris

Cara Membuatnya

Masukkan lebih kurang 1 1/2 liter air ke dalam periuk.
Masukkan serai, cili padi, pes tom yam dan daun limau purut. Masak hingga mendidih. Masukkan sayuran keuali tomato dan cendawan. Masak hingga sayur empuk
Masukkan udang dan bawang.
Biarkan seketika sehingga udang berubah warna dan agak masak.
Perisakan dengan garam, gula secukup rasa dan air asam limau.
Akhir sekali masukkan santan  dan tomato.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...