Saturday, June 17, 2017

Ikan masak pindang


Masakan hubby jadi juadah berbuka kami malam ni. Pindang masakan hubby ni memang terbaek....anak2 pun suka kalau ayah diorg masakkan lauk ni.


Ikan masak pindang

Bahan2nya..

5 ekor ikan mabung
1 biji bawang besar belah 6
*5 ulas bawang
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
Tumbuk atau kisar*

**6 biji cili padi - tumbuk kasar atau belah 2
3 keping asam gelugur
2 batang serai diketuk/titik
daun kesum diambil daunnya
2 biji tomato belah 4
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak. Tumis * dan ** hingga naik bau dan keperangan. Masukkan serai dan bawang besar. Tumiskan seketika. Masukkan air, kacau rata. Masukkan ikan, asam gelugur. Biarkan ikan masak dan mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa, daun kesum dan tomato. Biarkan sebentar. Tutup api dan hidangkan....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...