Thursday, June 22, 2017

Filet ikan celup tepung dengan sayur sos masam manis dan kobis asak lemak putih



Menu iftar dulu semalam. Kebelakangan ini agak sibuk. Tak berkesempatan nak menulis post. Agak2 ada masa senggang saya cuba juga menyelit update blog ni.

Anak2 saya suka ikan tanpa tulang.....senang dimakan tanpa perlu risau tercekik.


Kobis masak lemak putih dengan telur

BAHAN-BAHAN:

1/2 biji sayur kobis
3 mangkuk santan kelapa - secukupnya
1 biji bawang besar - hiris
3 biji telur
garam secukup rasa

CARA

Bersihkan sayur kobis dan dipotong kecil. Masukkan santan dan bawang  ke dalam periuk . Pecah kan telur ke dalam kuah santan apabila telah naik wap. Masak hingga kuah mendidih dan boleh la di masukkan kobis dan perisakan dengan garam secukup rasa. Kacau sesekali supaya santan tak pecah minyak dan masak sehingga sayur sebati kobis layu .


Filet Ikan Celup Tepung Dengan Sayur Sos Masam Manis @ ZLC

Ikan goreng tepung

Bahan2nya 

1 kg isi ikan - potong  saiz 3 -4 inci (guna yang fresh pun lagi bagus)
3 sb tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 sk serbuk penaik (baking powder) - optional
1 cawan air
2 sk serbuk serbuk cili
1 sk serbuk lada sulah
1 sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa
3 sb minyak masak
Minyak masak untuk menggoreng

Cara2nya



Gaul isi ikan dengan 2 sb tepung jagung. Dalam mangkuk lain satukan tepung gandum, 3 sb minyak, semua serbuk dan garam secukup rasa. Tambah air sedikit sedikit ke dalam tepung. Adun hingga rata menggunakan whisker. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi ikan dan biarkan selama 15 minit.
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.

Panaskan minyak di dalam kuali atau pan. Goreng isi ikan yang telah disalut adunan tepung tadi hingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan minyaknya. (guna paper towel untuk serap lebihan minyak) Susun isi ikan yang telah digoreng rangup ke atas pinggan, 

Untuk Sayur Sos Masam Manis


6 sb so plum
6 sb sos tomato
6 sb sos tiram
2 sb cili kering kisar
Garam secukup rasa
1 inci halia - hiris
1 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 biji cili padi - hiris 
1/1 batang lobak merah
1 cawan hirisan cili benggala
1 cawan kacang sweet peas
1/2 cawan putik jagung
1 cawan nenas (kali ni takde stok)

Sementara itu sediakan sos masam manis. Panaskan minyak. Tumis bawang2 dan halia hingga keperengan.  Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Tuangkan sos2 dan garam secukup rasa dan gaul rata. Masukkan sayuran pilihan. Masukkan cili benggala dan nenas. Gaul rata dan tumis dalam 30 saat.  Kacau selalu dan tutup api.


Tuangkan ke atas ikan goreng tadi. Taburkan hirisan daun ketumbar jika suka. Dah siap.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...