Wednesday, June 7, 2017

Menu Iftar 8 Ramadhan : Pucuk manis masak Lemak Putih


Hasil kutipan kat belakang rumah Mil. Pucuk manis atau dikenali juga dengan nama pucuk nasin. Selain dimasak lemak putih sedap juga kalau ditumis air.

Anak2 saya suka sangat masakan ni. Pucuk tu bila dimasak hilang bau yang kurang saya gemar dan rasanya pun sedap sangat.


Masak lemak pucuk manis bersama keledek
http://www.zufadreamland.blogspot.my

2 cawan Santan cair
1 cawan santan pekat
sejemput ikan bilis/udang kering/udang segar
2 ulas bawang merah dihiris
2 biji keledek ( ikut saiz - lalau besar guna sebiji jer)
sebiji cili hijau atau merah di hiris serong
Seikat sayur pucuk manis - dilurut daunnya
Garam secukup rasa

Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama keledek. Masak hingga keledek empuk. Masukkan bahan2 lain. Masak hingga sayur layu. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. Jangan terlalu lama, agak2 layu jer tutup api.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...