Thursday, June 22, 2017

Apam nasi pandan


Pencuci mulut Iftar ke berapa entah...lupa. Dah tak sempat nak update terus masakan2 bulan puasa ni. Kuih kegemaran yang amat sangat ni. Kebetulan nasi sejuk banyak....nasi yang agak lembik sebab anakanda salah ukur air masa memasaknya malam sebelum. Jadi saya bagi resepi kat kakak suruh dia bancuh adunan. Balik rumah dari pejabat tengok apam dah siap terhidang untuk berbuka puasa...


Apam nasi pandan

Bahan2nya

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air pandan (kisar 10 helai daun pandan dan tapis airnya)
2 tsp yis 
1 paket eno (paket biru) (optional)

Hiasan : Kelapa parut putih + secubit garam (gaul sebati)

Cara membuatnya:

Kisar nasi bersama air pandan.
Kemudian masuk gula dan kisar hingga sebati.
Dalam bekas lain campur tepung beras, tepung gandum dan yis - gaul rata dan tuang dalam adunan nasi yang telah dikisar tadi.
Gaul rata hingga sebati. 
Perap 3-4 jam. Masukkan eno dan kacau rata.
Sudukan 3/4 penuh dalam acuan yang disukai dan kukus selama 10 - 15 minit bergantung kepada saiz acuan. Hidang dengan kelapa parut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...