Wednesday, June 7, 2017

Menu Moreh 11 Ramadhan : Mee Goreng

Moreh hari ni. 4 kg mee goreng. Hari ni tak masakkan iftarkan untuk pelajar tahfiz sebab ada yg menyumbangkan iftar dalam bentuk makanan siap.


Mee goreng
Zulfaza Loves Cooking

Bahan2

400 gm mee kuning (basuh dan toskan)
100 gm udang
2 biji telur (goreng scramble)
1 biji bawang besar tumbuk
5 ulas bawang putih tumbuk
Sawi/kobis/karot
2 sb sos tiram
3 sb cili kering kisar
4 sb sos tomato/cili
2 sb kicap pekat
1 sb cuka (optional)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

-------
Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos2 dan kicap pekat. Tumis sebati dan tambah cuka. Kacau.

Masukkan sotong, kacau dan biarkan seketika hingga sotong masak. Masukkan mee. Kacau sebati. Masukkan telur dan sayur. Masak hingga sayur masak secukupnya - jangan terlalu lama sehingga sayur berubah warna.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...