Friday, June 16, 2017

Karipap Gergasi

Gini le gayanya bila masa terhad tapi niat nak memenuhi permintaan anak-anak. Setengah kilogram tepung dapat la 7 ketul karipap. Bayang la besar mana seketul karipap.

Weekend aritu dah siapkan inti jadi dan la buat kuih ni hari2 kerja camni.


Karipap keledek
zulfadreamland.blogspot.my

Ini resepi inti karipap

4 ketul keledek
4 sb rempah kari daging/ayam
7 biji bawang merah/2 biji bwg besar
4 ulas bawang putih
segemgam udang kering
daun sup yang dihiris (optional)
Garam dan gula secukup rasa
_________________

Tumis udang kering, bawang putih/merah yang dah ditumbuk lumat.
Pastu masukkan rempah kari. Agak2 dah orang dolu2 kata pecah minyak, tuang air secukupnya.
Masukkan keledek yang telah dipotong dadu. Masukkan garam secukup rasa.
Masak la hingga keledek tu empuk tapi jangan sampai benyek....
Kalau keledek dah empuk tapi air masih banyak.......masukkan je sedikit tepung gandum dan kacau hingga inti tu tak basah gitu....


Resepi kulitnya:

1 kg tepung gandum
400 ml air ais
1 cwn minyak (panaskan)
2 sk garam
------
Masukkan tepung dalam bekas. Masukkan garam. Lubangkan tengahnya tapi jangan sampai nampak dasar. Tuangkan minyak panas. Gaul rata. Masukkan air dan uli hingga sebati. Perap 1 jam dan uli lagi sekejap dan bolehlah mula mengelim karipap.

Kalau nak buat frozen, samada gorengkan sekejap karipap tu sebelum sejukkan dan simpan atau bakar sekejap kat dalam oven.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...