Monday, December 19, 2016

Char kuey tiaw


Special request. Otw balik dari kampung minggu lepas dapat wasap dari kekanda bagitau atuk teringin makan char kuay tiaw. Jadi minta kekanda belikan bahan2nya. Tapi bila sampai rumah kepenatan yang teramat pulak sementelah kena siapkan sos untuk Bbq kambing di rumah jiran malamnya.

Atuk kena la tunggu keesokannya....hapi bila hidangkan atuk licin dia makan. Anak2...hubby pun suka sangat char kuey teow masakan ummi nih....puas makan.

Alhamdulillah.


Resepi Char Kuey teow @ ZLC

Bahan2Nya

200 g kuey teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
1 sudu makan cili kisar (nak lebihkan sikit pun ok jer)
kerang/udang  (secukupnya - nak makan sendiri kot)
1 biji telur
4 sudu besar paste char kuey teow
Sawi/tauge/kucai

Cara untuk masak Kuey Teow

1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4  sudu besar paste tadi.INGAT... !! api mesti mau besar aaa

2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Nak sedap lagi tambah udang fresh.

3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.

4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Kalau agak2 kering, tambahkan lagi paste char kuey teow tu. Ingat, tak perlu masak lama2 sangat, nanti kering kontang ler char kuey teow tu. Biar basah2 skit sbb kuey teow ni cepat meresap kuahnya.

Ni plak tips nak masak kuew teow sedap......

~ sediakan pes lebih awal sebelum menggunakannya....seelok2nya semalaman.

~Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!.

~kena masak satu2 baru sedap atau pinggan by pinggan. Maksudnya kat sini  kalau 2 orang makan 2 kalilah masak…. Char kuey teow memang tak sedap kalau masak dalam jumlah yg banyak!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...