Sunday, November 20, 2016

Kuih cucur penyaram aka cucur jawa aka mexican hat


Tempahan semalam 50 biji dari jiran untuk majlis ilmu di surau. Kuih ni kategori traditional juga. Tapi tak pasti asalnya negeri mana...sebab banyak terdapat di banyak negeri... Tak kisah la kan...dari mana pun asal usulnya....dan penciptanya, kuih ni memang sedap. Kita berterima kasihlah pada mereka yg mula2 hasilkan kuih ni dan yg share resepiya.


Kuih Cucur jawa akak Penyaram Lembut aka Topi Mexico @ ZLC

Bahan2:

500g tepung gandum
100g tepung beras
700 ml air(200ml air pns+500ml air kosong)
3/4 sudu teh garam
500g gula apong/gula melaka
Minyak masak secukupnya

Cara2:

Dalam bekas,satukan tepung gandum dan tepung beras. Dalam bekas lain, bancuh gula apong dengan 200ml air panas(boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka). Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya.

Tuang air gula apong tadi ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.Tapis adunan dan perap semalaman.

Panaskan 2/3 cawan minyak masak (guna api perlahan),  ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan.

Toskan minyak. Kuih ini memang digoreng satu persatu. Selamat mencuba!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...