Tuesday, November 1, 2016

Pandan Pancake with gula melaka syrup

Resepi olahan CT delima saya cuba kali ni dengan sedikit olahan untuk menu sarapan pagi. Kalau CT menggunakan pes dan pewarna, saya pula memilih untuk menggunakan daun pandan segar. Rasanya lebih enak dan harumannya semerbak.


Niat asalnya pankek pandan ni saya nak hidangkan bersama dengan air gula melaka/nise/gula apong tapi tak berkesempatan menyediakannya sebab kesuntukan masa. Memasak 3 juadah sebelum bergegas ke tempat kerja terasa masa begitu mencemburui saya pagi tadi. Sudahnya pankek ni hanya dihidangkan bersama madu.



Pandan Pancake with gula melaka syrup
Pankek pandan dengan air gula melaka

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu baking powder
1/2 sudu baking soda
secubit garam
1 1/2 sudu besar gula kaster
1 biji telur besar (saiz L/A)
1 cawan susu segar kisar bersama 5 helai daun pandan dan perah (untuk menghasilkan perisa pandan dan perwarna hijau)
1 sudu besar mentega - dicairkan
Sedikit mentega - untuk gris

Cara-cara :

1. Adunan Kering: Campurkan tepung gandum, baking powder, baking soda, secubit garam dan gula kaster ke dalam mangkuk besar.

2. Adunan Cecair: Dalam mangkuk lain, campurkan telur, susu pandan dan mentega, kacau dengan whisk hingga rata.

3. Masukkan perlahan-lahan adunan cecair ke dalam adunan kering. Kacau hingga rata dan hingga tiada ketulan tepung lagi. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit lagi susu.

4. Tutup adunan pancake dengan plastik bersih dan rehatkan adunan kira-kira 30 minit. (saya tak rehatkan sebab kesuntukan masa).

5. Gris frying pan dengan mentega nipis-nipis dan panaskan dengan api perlahan. Tuangkan anggaran 1/3 cawan adunan dan masak sehingga nampak lubang-lubang kecil diatasnya, terbalikkan dengan perlahan-lahan. Masak lagi hingga bahagian bawah kekuningan. Angkat.

6. Hidangkan bersama lapisan inti kegemaran dan tambahkan ais krim vanila bersama sos chocolate sebagai toppingnya, atau madu/maple syrup atau air gula melaka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...