Tuesday, November 1, 2016

Ikan masak taucu (versi kering)


Ikan masak taucu kering....tu nama yang saya bagi itu masakan ni. Kenapa? Sebab gulai taucu saya biasanya berkuah banyak macam sup. Idea nak masak menu ni bila menonton rancangan memasak Chef Ismail tu....artis undangannya nabila huda anak amy search tu. Saya masa tu tak sempat nak salin resepi. Peratikan aje bahan2 dan cara masakannya.

Ikut pengamatan macam best jer masakan ni. Simple tu yang utama. Lain kali nasaya nak tambah cili padi....mesti lebih umphhhh.


Ikan masak taucu kering

1 kg ikan (tenggiri/tongkol/mabung dll)
2 inci halia - hiris
2 biji bawng besar - potong bulat
6 ulas bawang putih  - hiris
5 biji cili merah - hiris
5 biji cili hijau - hiris
Sedikit cili padi - hiris (optiona)
2 sb taucu
Garam dan gula secukup rasa
1 sk belacan bakar
1/4 cawan air asam jawa
2 biji tomato belah 4 (optional)


Gaul ikan yang telah dibersihkan dengan gara dan serbuk kunyit. Goreng dan toskan.

Tumis bawang, halia, bawang putih, cili padi hingga naik bau. Masukkan taucu. Tumis seketika. Masukkan air asam yg di gaul dengan sedikit belacan. Kacau sebentar. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan tomato jika suka.

Masukkan ikan goreng dan gaul rata. Tutup api



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...