Sunday, October 30, 2016

Kuih Kacang Sepat


Kuih kacang sepat ni sama dengan kuih peria. bentuk jer beza...macam kacang sepat kot. Kuih ni kategori kuih traditional Perlis katanya. Dan ikut info dari Hajjah Ana Samad, kuih n sama dengan kuih tradisi orang banjar di perak, kuih balungan hayam. Ermmmmmm....nikmatnya hidup di bumi Malaysia  nih. Pelbagai jenis masakan tradisi ada. Harapnya jangan luput ditelan zaman. Biar generasi2 akan datang terus kenal dengan hidangan2 tradisi nikan.

Kuih kacang sepat ni mudah nak buat. Cuma tepung pulut, inti kelapa dan pewarna hijau atau air daun pandan. Jom buat. Tima kacih majalah rasa perkenalkan nama baru, idea baru.....untuk saya share kat blog ni pulak...


Kuih Kacang Sepat

BAHAN-BAHAN:
240 gm tepung pulut
1/2 sudu teh pewarna hijau
Sedikit air (Kalau nak lebih harum boleh guna air perahan daun pandan dan tak perlu guna pewarna)

UNTUK INTINYA:
1/2 biji kelapa parut
120 gm gula
120 gm gula merah
1 helai daun pandan
Sedikit air


 CARA MEMASAK:

1. Gaul tepung pulut bersama air dan juga pewarna hijau hingga menjadi doh.
2. Untuk intinya, masak kesemua bahan inti hingga pekat.
3. Ambil sesudu doh dan kepal serta bentukkan seperti membuat karipap.
4. Tekan bahagian tepinya dengan garpu.
5. Sediakan kukusan dan kukus selama 30 minit.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...