Thursday, February 12, 2015

NASI GORENG MENTEGA

Menu sarapan pagi ni....nasi goreng mentega. Malam tadi dah masak nasi lebih untuk dinner. Untuk nasi goreng, nasi sejuk paling sesuai digunakan berbanding nasi yg baru masak....nasi gorengnya akan berderai cantik. Resipi ni saya intai dari blog SecubitGaram. Saya olah sedikit ikut citarasa.

NASI GORENG MENTEGA

Olahan zulfaza love cooking

Bahan :
2 cawan beras ~ ditanak menjadi nasi
2 sudu besar butter
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang

1/2 biji bawang holland
1 btg kayu manis
3 kuntum cengkih
2 bj buah pelaga
1 biji telur ~ dikocok (dan saya goreng hancur)
3 - 5 bj cili api ~ dihiris
garam

Karot dipotong dadu

Kacang sweet peas dipotong kecil

Cara:

Panaskan mentega hingga cair dan tumis bawang putih, kayu manis, cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
Masukkan nasi dan kacau hingga rata.
Alihkan nasi ke tepi kuali dan masukkan telur hancur.
Kacau sekejap nasi bersama telur dan masukkan cili api, karot, kacang dan juga garam secukup rasa.
Goreng sekejap sambil dikacau nasi hingga sebati.
Angkat dan hidangkan panas2 dgn lauk2 yg disukai (nak makan gitu saja pun boleh)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...