Friday, March 21, 2014

Kuih talam ubi kayu

Cuti sekolah ni anak2 duduk kat rumah. Asyik tanya.....takde makanan apa2 ker...tambah2 yg sulung tu, asyik la ke dapur cari makanan.

Ubi kayu aritu ada dua ketul lagi. Kena di buat sesuatu segera. Kalau tidak rosak sayang jer. Dah la susah nak jumpa yg ok camni.

Resepi cik mat gebu saya pilih untuk cuba. Lain kali cuba chef asmah punya pulak yer. Saya ubah skit sebab gula merah dah habis buat kuih kasui aritu.

Saya guna gula putih 250 gm. Disebabkan pemarut saya takde yg halus. Saya blend ubi dengan air, perah dan mendapkan air perahan untuk dapat sagu dan campur semula mendapan dengan ubi tadi...mcm buat bingka aritu. Ini untuk menghilangkan rasa pahit ubi. Pastu masukkan santan, gula dan sedikit pewarna kuning telur dan kukus.

TALAM UBI by: CMG

Lapisan Bawah

600 gram parutan ubi kayu
160 ml santan cair
200 gram gula pasir
50 gram gula melaka (ganti dengan gula putih)
Saya letsk sedikit pewarna kuning telur
1 helai daun pandan

Lapisan Atas

600 ml santan
40 gram tepung gandum
70 gram tepung beras
Garam secukup rasa

Lapisan Bawah
Satukan santan, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Sediakan tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan. Satukan air gula merah yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana. Mat tutup permukaan tin dengan aluminium foil.

Lapisan Atas 

Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, kasi rasa lemak saja). Tapis bancuhan tadi. Kemudian masak atas api ksederhana hingga bancuhan suam, kacau tanpa henti. Tuang perlahan2 atas ubi tadi. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dengan aluminium tadi. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.

Kuih Talam Ubi Kayu

Sumber: Kelas Talam 2 (Chef Asma)

LAPISAN BAWAH

Bahan-bahan

700 gm ubi kayu (parut dan timbang)
100 ml santan pekat
300 ml air
250 gm gula castor
sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Satukan kesemua bahan-bahan kedalam periuk dan kacau rata.  Masak semua bahan-bahan sehinga pekat.

Tuang kedalam loyang dan kukus selama 25 minit. Lapik plastik untuk memudahkan kuih dikeluarkan dari loyang

LAPISAN ATAS

Bahan-bahan

100 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
50 gm tepung gandum
2 tsp garam
300 ml santan pekat
800 ml air

Cara-cara

Bancuh semua bahan-bahan diatas
Tapis ke dalam periuk, masak sehingga naik wap
Tuang ke atas lapisan bawah
Kukus selama 30 minit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...