Saturday, March 29, 2014

Nasi ayam hainan

Menu tengahari sabtu....oppppss...bkn tengahari dah.....dekat pukul 5 petang.... Hari ni masak lewat sebab pegi bawa anak2 cari buku kat MPH.... 

Dah lama teringin buat nasi ayam hainan ni...asyik tertangguh jer sebab stok ayam takde....dua hari lepas singgah beli sebab anak2 dah menyebut banyak kali nak makan ayam. Rumah ni stok ayam dengan daging jarang2 ada.


Resepi saya intai dari dapur jintan manis dan dua tiga blog lain. Resepinya lebih kurang sama jer...


Bahan-bahannya

Bahan A
1 ekor ayam ( saya guna ayam yg dah potong 4) 
3 biji bawang putih dicincang halus atau diblender
3 inci halia saiz sederhana ( dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi (saya tak letak)
sedikit garam

Bahan B ( untuk sambal lada)
1 biji capcicum merah ( leh guna lada merah) - saya gula cili api
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci halia saiz sederhana ( agak2 je)
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan (resepi kat blig lain ada yg guna perahan limau)


Bahan C
4 cawan beras biasa atau beras jasmine ( kuantiti beras ikut isi rumah)
2 sudu besar minyak
2 biji bawang putih
2 inci halia ( dihiris nipis)
1 sudu besar minyak bijan
( kalau nak letak daun pandan pun buleh kasi tambah wangi)


Bahan D ( sup Ayam)
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
daun sup
hidangan sampingan : salad, timun, tomato

***** sedikit kicap cair (saya guna kicap biasa jer) dan minyak bijan untuk direnjiskan pada ayam semasa menghidang.

Caranya ( untuk ayam)

1. Mula-mula letak se-ekor ayam dlm periuk dan masukkan air, biar ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hinnga masak lebih kurang 1/2 jam. angkat ayam dan ketepikan.

Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
bila nak makan nnt baru potong dan letakkan sedikit kicap cair ( ros guna soyu), renjis minyak bijan dan hias dgn hirisan daun sup. 

2. Buat sambal lada- 

blender semua bahan B dan masak hingga agak pekat.

3.  Untuk sup dan nasi pula, 

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bagi Bahan C iaitu bawang putih, dah halia, setelah agak garing separuh bahan tumis tu di curah dalam dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti,  masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan. 

4. Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api, ok dah siap, hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...