Monday, March 17, 2014

Bingka cracker pandan

Saya guna biskut cheese cracker sbb takde stok biskut 4 segi tu. Banyak juga la saya adjust resepi tu, ikut stok bahan dan citarasa.

Bingka ni tetap lembut dan lemak. Kalau tak letak telur pun ok.


Kuih Bingka Cracker
sumber: aziejaya.blogspot

Bahan-bahan:
140 gm biskut cracker (ganti dgn cheese cracker jenama julies)
85 gm tepung gandum
1 cawan gula caster (lain kali kena kurangkan jadi 3/4 cawan jer)
3 biji telur B (guna sebiji jer sbb dah kehabisan telur)
710 ml santan/susu cair/400 ml santan kotak + 310 ml air (saya blend kelapa dengan 10 helai daun pandan untuk dapatkan 710 ml santan - jadi saya tak guna pewarna)
1 sudu besar butter
1/2 sudu kecil esen vanila (tak letak sbb dah letak daun pandan)
Secubit garam (tak letak sebab cheese cracker tu dah masin)
(Tambah pewarna sekiranya

Hiasan :
Sedikit bijan untuk tabur (tak letak)

Cara-Cara :
Panaskan oven suhu 180' C selama 10 minit. Lengserkan loyang berukuran 8"x8" dengan minyak masak dan masukkan loyang dalam oven 5 minit masa terakhir.
Blend biskut cream cracker bersama tepung, telur, gula, santan, sedikit esen vanila dan secubit garam hingga gula larut. Masukan tepung yang telah diblender bersama biskut sedikit-sedikit dan blender lagi hingga sebati kecuali bijan.
Tuang ke dalam loyang yang dipanaskan sebentar dalam oven dan taburkan bijan rata-rata diatasnya jika suka.
Bakar selama 1 jam atau sehingga permukaan atasnya keperangan.

Sejukkan betul-betul dahulu baru dipotong dengan menggunakan pisau plastik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...