Sunday, March 2, 2014

Kek blueberry lembab

Resepi asal guna fresh blueberry tapi saya ganti dengan dried blueberry. Resepi daripada mat gebu "moist fresh blueberry pound cake".
Saya pilih kek ni untuk harijadi encik hubby. Disebabkan ada anak yg tak berapa sihat, saya cuba elakkan hias kek ni dengan krim yg banyak. Saya cuma guna blueberry filling dan sedikit creamcheese frosting sebagai hiasan.


BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mentega
2 biji telur gred A
100 ml susu segar
140 gram gula kastor
220 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour) - saya guna tepyng gandum + 1 sk baking powder
1 camca teh esen vanilla
125 gram fresh blueberry (asingkan sikit untuk hiasan)  - saya guna 50 gm dried blueberry - saya rendamkan 2 jam dalam susu segar tu.

Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (mat guna acuan pouncake jenis kecil, dapat 3 bekas). Ketepikan.
Putar mentega dan gula kastor hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis.
Kacau rata.Tuang esen vanilla dan masukkan blueberry tadi, gaul rata dengan spatula. Tuang dalam acuan yang telah disediakan. Hias atasnya dengan blueberry yang diasingkan tadi. Bakar 40 minit atau hingga masak. Keluarkan dari tin dan sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

 Kalau anda bakar dalam paper cup, masa yang diambil dalam 20 - 25 minit bergantung pada oven masing. Anda boleh juga tabur sedikit gula aising atau dusting powder atas kek sebelum dihidangkan....Selamat mencuba!!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...