Monday, March 31, 2014

Kari terung ikan masin dan sambal telur rebus

Ni satu lagi juadah tuk buka posa nanti.....cer kira, dah berapa jenis hidangan ada.


Bahan2nya

4 biji Terung bulat belah 4
sebiji tomato belah 4
I ekor ikan talang masin - yang kecil lebih kurang saiz satu tapak tangan jer - potong kecil
1 kotak 200 ml santan
air dua cawan
2 sb serbuk kari ikan
2 tangkai daun kari
4 sb Air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Hiris
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara2nya

panaskan minyak. Masukkan bahan hiris dan daun kari. Tumis sampai naik bau.

masukkan serbuk kari ikan. Tumis hingga pecah minyak. Kalau kering sangat tambah jer santan skit. Pastu tambah air asam.

pastu masukkan ikan talang dan terung....kacau jap. Masukkan santan dan air. Biarkan mendidih. Perisakan dengan garam. Srbelum tutup api, masukkan tomato.


SAMBAL TELUR REBUS
7 biji telur rebus -  kupas kulit dan digoreng
2 sb pes cili homemade - resepi di bawah
2 biji bawang besar potong bulat
2 sb cili sos
2 sb air asam
1 btg serai diketuk
Sedikit minyak
--------
Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Masukkan serai dan pes cili. Kacau rata.  Masukkan air asam Masukkan cili sos dan



Pes cili

100 gm cili kering - rebus hingga lembut.
1 kg bawang besar - hiris
300 gm bawang putih - belah dua
1/2 cawan minyak
Sedikit garam dan gula.

Kisar semua bahan di atas hingga lumat. Kemudian goreng bahan yg telah dikisar dgn menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Tambah garam dan gula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...