Thursday, March 6, 2014

Kuih terembat aka kuih belimbing

Resepi ni byk juga dicuba oleh blogger masakan...madihaa, secubit garam dll.... saya punya takde rupa belimbing besi sbb tak guna acuan.....jadi anggap la rupa dia mcm belimbing buluh yer....hehehe. kuih ni iras2 churos yg pernah saya share resepinya kat blog ni cuma yg ini bila sejuk pun tak lemau macam churos yg sesuai dimakan masa panas dan churos tu kita celup dengan chocolate dip....

Saya buat kuih ni untuk sarapan pagi dan bekal anak2......saya nak cepat, tak sempat cari acuan bebagai......

Alkisahnya, kuih ni femes kat terengganu kita, kat negeri lain takde......

ni resepinya.....moh ler kita cuba yer

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
esen vanilla

PENYEDIAANNYA
Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.Tutup api.
Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td. (Saya biarkan tepung tu sejuk skit baru letak telur)
Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5 cm. Goreng hingga kekuningan dan angkat.Taburkan gula. Sedia untuk dijamu.....

biar pun rupa mu tidak menawan tetapi......bkn lubang idung tau.....tetapi rasamu tetap menarik selera anak2ku.....hahaha.........

Gambar bawah ni rupa paras kuih belimbing sebenar......saya pinjam gambar dari blog secubit garam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...