Monday, March 31, 2014

Pengat keladi dan keledek jepun

Ni satu lagi menu berbuka posa saya hari ni.  Ikutkan dah buat kek coklat untuk pencuci mulut tapi memandangkan en hubby asyik dok sound pasal keladi mawar yg dibeli lebih seminggu lepas tu tak dimasak, jadi tambah la satu lagi menu ptg ni.
 
Keledek jepun yang dah seminggu lebih juga tu ada 3 ketul lagi. Nak direbus cam selalu tu kang berebut plak. Jadi nak selamatkan keadaan saya leburkan jer sekali dengan keladi mawar tu.
Selalunya orang rebus dulu keladi keledek ni lepas dikupas dan dipotong kecil dan toskan lepas empuk tapi saya tak buat camtu.

2 cawan Santan pekat
Gula merah dan gula putih
Garam
1 helai daun pandan
Sedikit sagu ( basuh dan toskan)
1 biji keladi mawar
3 biji keledek jepun
Kupas kulit dan cuci bersih.
Lepas tu potong kiub sederhana besar dan masukkan dalam periuk berisi air. Rebuskan sampai hampir empuk dan masukkan gula putih, gula merah, garam secukup rasa dan daun pandan. Biar gula hancur.
Masukkan santan dan sagu. Kacau sesekali supaya tak pecah minyak. Masak hingga didih dan sagu jernih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...