Thursday, March 13, 2014

Kaswi gandum

Malam ni turn kitorang dapat air. Semangat sikit nak masak. Malam ni kukus kuih kaswi untuk sarapan dan bekal sekolah besok pagi.
Resepinya saya cnp dari HaSue@sue-hasue.blogspot.com. 

Saya tambah kicap pekat untuk gelapkan warna kuih ni. Saya buat setengah bancuhan jer dan guna acuan kuih lompang. Kejadiannya pun mcm kuih lompang....berlekuk kat tengah...huhuhu...


Bahan Sirap :
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
1sb kicap pekat (saya tambah)
beberapa helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan.

Bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji @ ubi @ jagung
1 sudu besar air kapur (sirih)
Kelapa parut - yang muda
Sedikit garam
Cara:
Panaskan kukusan.
Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. Lapikkan pelastik saiz loyang.
Bancuh semua bahan hingga sebati dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
Masakkan sehingga masak ( 30 minit ).
Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau plastik.
Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
Lumurkan kaswi yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...