Sunday, March 2, 2014

Mee hoon/bihun goreng taucu

Tiada hiasan saya letak kat mee hoon ni, air takde....uhuhuhu. saya buat simple jer...cuma letak tauge, udang dan sotong....hiasan yg lain2 tu lupakan sajer....lain kali yer.....

RESEPI MEE HOON GORENG TAUCU
source : kak.ayu@curlybabessatisfaction

Bahan-bahan
400g mee hoon direndam hingga lembut
50g udang kering direndam - tumbuk
3 ulas bawang putih*
11/2 biji bawang besar* 
- bahan * dikisar
4 sudu besar taucu di tumbuk kasar/halus-(dibilas supaya kurang masin)
5 sudu besar cili kisar
udang sederhana besar
sawi secukupnya
taugeh secukupnya
garam (kalau perlu) 

Hiasan
tauhu goreng dihiris (optional)daun kucai-(optional)telur dadar yang dihiris halus
jus limaucili jerukbawang gorengCara-cara
Tumis bawang putih, bawang besar kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan udang kering , udang dan kacau rata. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan garam jika perlu.

Gaul kan batang sawi hingga agak lembut baru masukkan daunnya, masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, gaul hingga rata.

Kalau nak gaulkan dengan tauhu pun boleh juga. Matikan api, taburkan daun kucai, hirisan telur dadar, perahan jus limau, cili jeruk dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...