Sunday, March 2, 2014

Jus alpukat / avacado

Balik dari brunei en hubby belikan avacado. Dalam kepala dah tak fikir lain.....dok teringat2 minum jus avacado kat sabah dulu....

Disebabkan anak kurang sihat dan masih tak boleh minum susu dan ais, jadi terpaksa la kitorang minum sorok2 kat dapur......sedap bukan main...

Resepinya....

5 biji buah avacado (yg dah masak dan lembut)
700 ml susu segar (kalau tak nak lemak sgt boleh campur ngan air masak)
Susu pekat manis secukupnya (ikut selera masing2)
Ketul ais secukupnya
Secubit garam

Milk coklat yg dicairkan

--------------
Belah dua buah avacado. Buang biji dan korek isinya. Masukkan semua bahan ke dlm pengisar kecuali coklat cair. Kisar semua bahan hingga halus. Masukkan ketul ais ke dalam gelas. Tuangkan coklat cair di dinding gelas (nak senang tuang jer coklat tu dalam gelas tu). Tuangkan jus yang dikisar tadi....bila nak minum kacau supaya coklat sebati dengan jus....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...