Thursday, March 20, 2014

Acar buah

Saya buat sebagai sumbangan untuk kenduri kawen anak buah. Kali terakhir buat.....ermmmmm....entah erk....dah lama sungguh. Sampai lupa dah....

Keseluruhan buah jeruk yg digunakan sebanyak 22 kg. Jenis dia terpulang ikut citarasa. Saya guna 7 jenis buah jeruk, lobak asin dan kismis. 

Acar ni ada banyak cara nak buat....ada orang tak blend bawang2 tu. Tapi saya suka blend supaya orang tak buang....ada gak yg guna sos cili dan tomato jer sebab ada yang tak suka rasa berempah..... Masing2 ada cara dan citarasa yang pelbagai...

Ini sumbangan tetap setiap kali ada kenduri kawen adik beradik....

Sejarahnya...saya belajar buat ni dari member ofis sbb Allahyarhamah kakak suka sgt makan. Pastu rupanya ramai pulak peminat...Allahyarham bapak sedara pun suka sgt....sampaikan datang umah kat kampung mintak bekalkan terutamanya bulan puasa. Adik2 pun suka jugak....pendek kata ramai peminatnya.

Tapi terus terang la....saya kurang minat. Tiap kali buat saya jarang makan. Yang kali ni pun, rasa setakat nak tau cukup manis masinnya jer....


Bahan2nya.

22 kg jeruk campuran
100 gm cili kering - rebus dan kisar halus (boleh ejas ikut selera - nak pedas tambah)
1 pkt  sederhana rempah kari daging/ kurma
5 sb serbuk jintan manis + ketumbar
5 kg bawang besar - kisar lumat
1 1/2 kg bawang putih - kisar lumat
1 cawan esen vanila
1 1/2 kg minyak masak
4 - 5 kg gula
Garam secukupnya
1 1/2 botol kecil cuka
------
Panaskan minyak. Tumis bawang2, cili, rempah dan serbuk jintan + ketumbar hingga pecah minyak. Masukkan gula, garam, cuka, esen dan (lobak asin - sekiranya ada). 

Masak hingga kuah memekat. 

(Kuahnya akan melompat2 jadi gunakan senduk panjang dan tutup skit periuk tu supaya tak kotor satu dapur dan tak lecur badan kena sos panas. Kacau selalu sebab nanti berkerak dan hangit pulak sos dia tu...Nak senang guna periuk besar atau kawah. Bila dia  meletup2 tu tak de la percik kat dinding merata....)

Masukkan buah2. Kacau sebentar dan tutup api. (Buah jangan masak lama....nanti benyek. Dan tak perlu basuh supaya tahan lama. 

Boleh tahan berbulan2 dan seeloknya simpan dalam bekas kaca.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...