Friday, March 21, 2014

Rice fritters/cucur nasi jagung

Resepi ni idea dari satu site obersi. Menarik ideanya. Selama hari ni saya buat cucur nasi, nasi tu saya kisar halus. Tapi kali ni tak kisar pun. Masukkan sebutir2. Lagi senang. Mat salleh tu buat tak deep fry. Lebih kurang saute jer dan cicah ngan blueberry sauce.

Saya ubahsuai resepinya.....dah ada kuih bingka yg manis, cucur ni saya buat masin lak...cicah sos. 

Jom tengok resepinya.

Bahan2
2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung
1 tongkol jagung - hiris
1/3 cawan udang geragau - basuh dan tos
1 biji bawang holland - cincang
(Kalau nak tambah daun sup/daun kunyit yg dihiris kecil pun ok - lagi naik bau harumnya)
Garam dan air secukupnya
_______________
Satukan semua bahan kecuali air. Gaul rata dan tuang air skit2 sambil kacau sampai adunan boleh dijemput.
Panaskan minyak secukupnya untuk deep fry. Jemputkan adunan dan masukkan dalam minyak. Goreng hingga garing dengan api sederhana.
Angkat dan toskan. Hidang dengan sos.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...