Friday, March 21, 2014

Bingka ubi pelangi

Malam tadi sempat la buat bingka. Kebetulan masa pegi pasar nelayan kat kg yu, pakcik jual sayur tu ada ubi kayu dan keladi mawar yg baru dituai. Beli la 5 -6 ketul ubi dan 2 biji keladi. Memang hasrat nak buat bingka.


Saya pilih 3 warna dan layerkan bingka ni supaya anak2 suka. Anak2 panggil bingka ubi pelangi. Pemarut saya kasar jadi saya blend ubi tu, perah dan mendapkan air perahan untuk dapatkan sagunya. Airnya tu buang. Mendapan tu gaul balik dengan ubi yg diperah tadi.


Dah siap gaul santan semua tu, saya bahagikan kepada 3 bahagian dan letak warna berbeza. Pastu layerkan dalam loyang....

Bila dah siap bakar, anak2 tak sabar nak potong. Diorang kata besday cake......ummi suruh tunggu sejuk pun tak nak.....bunyi jer oven tu terus panggil ummi suruh potong....

Resepi saya cnp dari blog mat gebu.
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram parutan ubi kayu
70 gram parutan putih kelapa (pilih yang kulit basah)
225 gram gula halus
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh garam
2 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh pewarna kuning
250 ml pati santan
2 biji telur

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil. Biar berlebih sedikit pada kiri dan kanan tin, agar senang untuk mengangkat kueh keluar nanti. Lenser aluminium tadi dengan mentega. Ketepikan.Satukan ubi parut, garam bersama kelapa parut. Gaul rata dan masukkan ke dalam mangkuk besar, ketepikan. Dalam satu bekas, masukkan gula, telur dan santan, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur. Tuang ke mangkuk berisi ubi dan kelapa parut tadi. Kacau rata.Masukkan esen vanilla, mentega cair dan pewarna kuning, gaul hingga sebati. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan bakar 50 minit hingga 1 jam atau hingga masak. Untuk mendapat permukaan kueh yang perang, tukar api oven pada fungsi grill bila kueh telah masak dan bakar 5 - 7 minit atau hingga mendapat tahap kegaringan yang anda gemari. Sejukkan kueh sebelum dipotong. Boleh hidangkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...