Saturday, March 15, 2014

Biskut Lidah kucing

Resepi biskut LIDAH KUCING dan acuannya dah dekat setahun simpan. Tapi petang takde air pulak ada semangat nak cuba....tapi tak guna acuan yg sebenar sbb oven comel tak muat masuk loyang tu... malas nak keluarkan oven besar kat stor tu.


Buat biskut ni untuk jadikan buah tangan rombongan yg datang merisik anak saudara. Cam cantik jer....cam comel jer.
Jenuh nak penuhkan balang....asyik kena pau jer...

Resepi : Fatmah Bahlawan 
cnp dari masam manis

250 gm mentega
175 gm gula kastor (saya kurangkan jadi 150 gm)
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru (saya buat 4 warna saja)
________________
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega
Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian

Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi


Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit

Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...