Friday, November 15, 2013

Nasi komok aka khao mok gai aka beriani siam

Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam

Saya hidangkan kepada staf pejabat yg dijemput lunch kat rumah.

Cara saya masak nasi. Ayam yang direbus hampir masak tu saya toskan airnya. Pastu saya sukat air sama jumlah dengan beras dan masak dalam periuk nasi.

Sources;- From Azian @ Aziancollection

For the Spice Mix
(Sumber dari web)

Resepi rempah komok

2 tsp curry powder (rempah kari daging)
1 tsp ground turmeric (serbuk kunyit)
1 tsp ground coriander (ketumbar)
1/2 tsp ground cumin (jintan putih)
1/2 tsp cinnamon powder (kulit kayu manis)
1 tsp salt
1 tbsp sugar

dan untuk cara memasaknya gini....

5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis

Rempah penumis.

1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)

2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.

3.Hiris nipis bahan bertanda *

4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.

5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.

6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.

7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.

8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.

9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.

10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.

BAHAN SOS CILI

1 Cawan air kuah nasi komok*
6 biji cili merah*
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka (secukup rasa)

1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula(jika ada guna gula nisan dari thai) dan cuka (saya guna limau nipis) secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.


Sup ni saya ikut stail azlita masam manis....lebih air rebus ayam n masak nasi dan buat sambal tu saya masukkan hirisan daun ketumbar dan panaskan sekejap....hidang ngan nasi tu....
dah namanya tekak orang malaysia ni suka makan nasi ngan kuah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...