Thursday, November 7, 2013

Roti nasi

Bila terjumpa jer resepi ni dari blog Jintanmanis, rasa tsk sabar2 nak cuba.....macam best jer roti guna nasi....pelik tapi benar....srlalu tu buat cucur ngan apam jer pakai nasi sejuk. La ni daoat satu lagi resepi untuk tebus guna nasi yang tak abis tu...

Saya ni mula2 tu dah ter under estimate tumbesaran roti ni lantas guna loyang comel....srkali gitu masa tunggu dia naik sebelum di bakar tu, afunannya melimpah ruah dari loyang. Terpaksa la pindahkan ke loyang besar....tapi rupa bentuknya hancus la....apa la aku nih....selalu sangat tersalah memilih saiz loyang...huhuhu

Tapi takpe....rasa masih la sedap dan lembut gitu....macam guna water roux jer...

Untuk roti ni saya masukkan inti kacang skit...

Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )

80 gram nasi putih
100 ml air - kurangkan jadi 80 ml jer
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1/2 sudu kecil garam 

Cara-cara

1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. ( proses penapaian), kalau nak skip step ni pun boleh.

2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.

3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan. ( Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan).

4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.5. Kemudian terap doh memanjang dan lipat 3 ( nak terus bulatkan dan bahagi pada dua bahagian pun boleh).

6. Letakkan doh dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.

7. Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.

8. Sedia utk dihidangkan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.- 

**Jika tiada peti tin sandwish loaf, boleh juga dibuat bentuk bulat-bulat kecil, macam bun tu, susun dalam acuan petak atau bulat, dan bakar seperti biasa, tapi perlu di ingat, kena kurangkan masa pembakaran dalam 18 ke 20 minit sahaja.

Nota: 

Kalau takut doh tu telalu lembik, boleh kurangkan kuantiti air tu dalam 80 ke 90ml sahaja, dan bila menguli tu, masukkan nasi yang diblender bersama susu dan air tu sedikit demi sedikit, 

Roti memang lembut.....bila dah sejuk pun kekal lembut....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...