Tuesday, November 26, 2013

Ayam masak kicap berempah

Resepi ni saya ambil dari blog masam manis. Buat untuk makan tengahari anak2 kat rumah. Semalam masak ayam masak merah berempah. Walaupun pedaa tapi anak2 suka sampaikan tak sempat ayah ummi nak rasa....

Bahan2

1 ekor ayam ~ potong dan cuci bersih
sedikit garam
sedikit kunyit

Gaul ayam bersama kunyit, perap sebentar
Goreng ayam dalam minyak panas secara terendam sehingga kuning keemasan.
Angkat dan ketepikan

Bahan kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 sudu teh lada hitam
1 inc halia
1 batang serai

Kesemua bahan di atas dikisar

Bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
1 batang serai ~ dititik

Rencah 
3 biji kentang ~ di hiris dan digoreng - tak letak....saya ganti dengan tomato
2 labu bawang besar ~ potong bulat
2 sudu besar ~ kicap pekat
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa

Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan tumis hingga naik bau
Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga garing 
Masukkan rempah kari, kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan pati ayam
Jika kuah terlalu kering, tambahkan sedikit air
Masak hingga didih
Masukkan ayam goreng, kentang goreng dan bawang besar hiris
Biar kuah masak dan pekat
Perasakan dengan garam dan gula

Sedia dihidangkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...