Tuesday, November 19, 2013

Egg enriched white bread

Balik jer dari ofis terus proses roti. Cadangnya buat untuk sarapan pagi anak2. Maklum la cuti sekolah....musim hujan ni, budak2 ni asyik lapar jer. Guna resepi basic bread dari buku BM kenwood tu. Tapi sajer jer buat eksperimen d3ngan menambah double action baking powder dan mentega.

Sekali gitu dia naik sampai melempah ruah dari loyang tu.....anak2 gelak kemain dan gelarkan roti tu roti cendawan....tapi roti dia memang jadi gebu dan berongga2 macam roti paun atau roti benggali tu...

Malam tu masak kari telur yang konon2nya untuk lunch diorang besok....sudahnya diorang makan separuh roti tu cicah sup cendawan dan kari tu....

Esok kena la masakkan benda lain....

Sumber rujukan : buku resepi breadmaker kenwood

2 biji telur + air = 380 ml
1 1/2 sb minyak masak
1 sb mentega - saya tambah
600 gm tepung roti
1 sk double action baking powder - saya tambah
1 1/2 sk garam
4 sk gula
11 gm yis ( resepi asal guna 1 1/2 gm yis)

Uli semua bahan hingga tak melekat di tangan dan seelok2nya sampai elastik. (Kalau guna breadmaker ikut jer step dia - dari menguli sampai membakar dia ambil masa 3jam 15 minit lebih kurang.)

Masukkan dalam loaf pan yang telah dioles dengan mentega pada suhu 180°C selama lebih kurang 30 minit.

Nak jugak bagi resepi kari telur nih....hehehe

10 biji telur rebus - kupas
3 biji kentang - kupas dan potong 4
3 sb rempah kari daging adabi
* 3 tangkai daun kari
3 keping asam gelugur/keping
Garam secukup rasa

1/2 sk gula
4 cawan santan

* 1 biji bawang besar - hiris
* 5 ulas bawang putih - hiris
* 2 inci halia - hiris
Minyak untuk menumis

-------

Tumis * hingga naik bau dan keperangan. Masukkan rempah kari. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan santan dan asam keping. Kacau sebati. Masukkan telur dan kentang. Masak hingga kentang empuk.

Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...