Saturday, November 23, 2013

Kuih ketayap aka gulung polkadot

Kuih ketayap polkadot untuk sarapan pagi. Inti dah siapkan malam tadi.

resepinya...

2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn - 3 cwn air atau santan/susu atau 50-50
2 biji telur
pewarna pilihan atau jus pandan
sedikit garam

-------------
Kisar daun pandan dengan air dan tapiskan. Masukkan tepung, air pandan, telur dan garam ke dalam pengisar dan kisar sebati semuanya.

Asingkan sedikit dan letakkan pewarna dan sedikit tepung supaya bila dituang melalui acuan roti jala tu dia cuma menitis2 jer.

Ambil setengah senduk adunan dan tuangkkan ke dalam pan/kuali yang telah digris dengan sedikit minyak.

Ratakan adunan dengan cara menggoyangkan pan tu dan angkat bila nampak dah masak, biasanya bila bahagian tepinya dah kering bolehlah diangkat.

Inti

1 biji kelapa parut (ambil yang putih sahaja)
Gula putih atau gula melaka (manis ikut citarasa)
kalau guna  gula putih boleh letak pewarna kalau mahu
1/2 cwn air
sedikit garam

-----
Masak semua hingga gula hancur dan sebati dengan kelapa.
Masak sehingga inti agak kering.

------------------------------------------------------
Ambil sekeping kulit ketayap, letakkan inti dan gulung la.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...