Sunday, November 17, 2013

Roti wholemeal dan sup cendawan berkrim


Roti wholemeal dan sup cendawan berkrim 

Menu minum petang ahad....

Sup cendawan berkrim

2 sb tepung gandum
1 liter susu segar
1 biji bawang besar holland (saiz besar) - hiris
3 ulas bawang putih hiris (optional)
15 biji cendawan butang segar - hiiris
2 sb mentega
Sedikit pasley segar (dalam sejemput daunnya)
Lada sulah
Garam dan sedikit gula

Tumis bawang, cendawan dan tepung hingga naik bau. Masukkan dalam blender. Tambshkan pasley. Tuangkan separuh susu segar.

Kisar hingga lumat. Masukkan dalam periuk. Tambsh susu (boleh half2 dengan air kalau tak suja lemak sgt). Tambah lada, garam dan sedikit gula. Masak hingga mendidih. Pastikan selalu dikacau supaya tidak membuak.

Hidangkan dengan roti.

Guna resepi Doh Roti Asas
My Resipi (Kak Fida) 

Bahan-bahan:

Untuk aktifkan yis:

5 sudu kecil yis *saya guna Mauripan
100ml air/susu suam
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum

Untuk membuat water roux:

50g tepung
250ml airUntuk doh:
600 g (5 cawan rata) tepung roti atau tepung gandum (saya kurang 50 gm tepung roti dan ganti dengan 50 gm tepung wholemeal)
120g gula kaster
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung (optional) 
1 biji telur, dikocok
60 g marjerin
Water roux 
1 biji telur dikocok + 2 sudu besar (untuk glaze)
Marjerin (untuk sapu roti selepas masak) 

Cara-cara:

Untuk aktifkan yis: Dalam bekas kecil, satukan yis, gula, tepungdan susu/air suam. Ketepikan.Untuk water roux: Kacau tepung dan air di atas api sederhana hingga memekat (dalam 1 minit). Sejukkan. 

Untuk membuat doh:

1. Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung, susu tepung (jika guna), gula dan garam.
2. Selepas itu, masukkan yis yang telah diaktifkan tadi (yis akan berbuih), water roux dan telur yang dikocok. Gaul sebati. 
3. Dengan menggunakan tangan, uli bahan-bahan tadi sehinggamenjadi doh yang kasar, dalam 5 minit. 
4. Selepas itu, masukkan marjerin/butter dan uli lagi doh sehingga menjadi licin dan elastik. 
5. Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga naik dua kali ganda.
6. Selepas itu, tumbuk doh untuk membuang angin dan bentukkan doh mengikut citarasa anda. Selepas itu, doh perlu direhatkan semula selama 45 minit atau sehingga berganda saiznya. 
7. Panaskan oven pada suhu 350F/180C. Sapu permukaan roti dengan campuran telur dan susu dan bakar selama 15 minit(bergantung kepada saiz roti) atau sehingga masak. 
8. Selepas dikeluarkan dari oven, sapu permukaan roti dengan sedikit marjerin/butter supaya roti kekal lembut.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...