Sunday, November 24, 2013

Snow cheese cake aka kek keju meleleh

Saya guna resepi strawberry & lemon snow cheese cake olahan K.Nor@SecubitGaram sebab tak mau membazir dua putih telur seperti  dalam kebanyakan resepi lain.

Sedap. Lembut n gebu jer kek dia lawan dengan lemak cheese tu....

Bahan :
* kek sponge:

150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
pewarna merah & kuning lemon

perisa strawberi & lemon

* krim :
1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)

2 - 3 sudu besar mentega
1/3 cawan susu pekat manis

~Satukan cream cheese dgn mentega dan putar hingga gebu (tidak berketul)

Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga sebati. Ketepikan.

* topping:

keju cheddar secukupnya ~ boleh guna kraft atau brand lain asalkan dlm bentuk ketul/bar

~ parut halus keju cheddar dan ketepikan.

Cara:

Sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik dgn kertas baking.
Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. 

Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)

Perlahankan kelajuan dan masukkan air.

Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu dimasukkan pewarna merah dan perisa strawberi dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning lemon dan perisa lemon. Gaul sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yg berasingan yg dah digris tadi dan bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak pada suhu 170 - 1175C.
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

Keluarkan kek dr loyang dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dihias.

Cara assemble/hias kek:
Sapukan krim cheese diatas kek yg berperisa strawberi dan letakkan kek yg berperisa lemon diatasnya.
Kemudian sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Taburkan keju yg diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
Boleh la dihias mengikut citasara masing2.
Sejukkan kek dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam sebelum dihidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...