Friday, November 8, 2013

kek karot walnut versi 2

Resipi diambil dari Myresipi oleh newbie123 dan sahabatku airtangan cik siti.  Dah dua hari berturut2 buat kek karot....ramai pulak peminat kek nih. Kek ni member setaman tempah sempena konvo hubby n 2nd anniversary diorang.

Saya masih amatur bab deco2 nih....jadi terima la deco bodo2 gitu....segan i nak share gambarnya u...

Bahan2 (adunan penuh) :

2 1/2 cawan parutan karot
4 biji telur
1 cawan minyak masak
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yg dicincang

Cara2 :

1) Tepung, soda bikarbonat, baking powder, serbuk kayu manis, nutmeg dan garam semua diayak sekali.

2) Pukul telur dan gula hingga sebati. Guna hand whisk je... guna senduk kayu pun boleh. Bila dah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi

3) Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan (2)

4) Masukkan esen vanilla, carrot dan kacang. Kacang hingga sebati.

5) Masukkan kedalam bekas/tin yang sudah dilengser dengan minyak dan bakar dengan kepanasan 160-180C (ikut oven) selama 40-60 minit (oven perlu dipanaskan terlebih dahulu dalam 10 minit).

Creamcheese topping

360g cream cheese
70g mentega - untuk lebih sedap, guna jenis pure butter
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla 

Pukul cream cheese bersama mentega hingga kembang.
Masukkan gula aising dan vanilla sedikit demi sedikit sambil memutar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...