Saturday, November 9, 2013

Biskut chipsmore ada peminatnya

Atas permintaan harini buat biskut chipsmore ni lagi. Cumanya kali ni saiz di kecilkan sikit.

Bahan-bahan :

*500 gm tepung gandum
2 biji telur
250 gm mentega
50 gm shortening
1 sb esen vanila atau ble letak serbuk coklat 2 sb
115 gm gula halus
110 gm gula perang
100 gm choc chips (nak letak lebih pun boleh)
250 gm almond flake (nak letak kacang lain pun boleh)
*1 sk baking soda 
*1 sk baking powder
*2 sb susu tepung

Cara - cara :
1) pukul mentega bersama gula halus hingga kembang
2) masukkan telur dan pukul lagi
3) ayak *
4) masukkan * yang telah diayak  dan adun sebati.
5) masukkan badam dan gaul rata. Rehatkan setengah jam.
6) bulat dan leperkan dan letak coklat chip atau gaul coklat chip sekali dalam adunan, bulat dan leperkan.  ( buat besar2 skit macam saiz chipsmore kat kedai tu....)
7) bakar dlm oven dgn suhu 160c selama 15 minit  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...