Friday, November 15, 2013

Black magic cake dengan chocolate ganache

Buat kek ni sebagai pencuci mulut tetamu yg datang lunch kat rumah. Simple deco jer sebab kesuntukan masa untu sediakan 2 menu utama....nasi komok dan makaroni bakar.

Black Magic Cake dengan Chocolate Ganache
Oleh:Noor Abdul Rahim
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan cake :

1 3/4 cawan tepung naik sendiri (220g)
1 3/4 cawan gula (350g) - saya kurangkan dalam 1/5 cawan gula
3/4 cawan serbuk cocoa (65g)
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1 cawan air kopi (1 sudu besar nescafe/sebuk kopi + 1 cawan air panas)
1 cawan buttermilk (boleh buat sendiri 1 cawan susu + 1 sudu besar cuka putih, kacau & biarkan 5 minit)
1/2 cawan minyak sayuran (120ml)
1 sudu kecil esen vanila - tak letak
Saya tambah 1 sk baking soda
2 sb susu pekat

cara-cara :

1. Alas tin pembakar dengan kertas pembakar cake
2. Masuk kan kesemua bahan cake kedalam mangkuk pemukul. Pukul selama 2 minit (medium speed)
3. Bakar antara 30 - 40 minit pada suhu 175 darjah celcius.

Bahan-bahan untuk ganache :

1 cawan heavy cream
250g semi sweet chocolate atau milk chocolate sekiranya suka lebih manis

Cara-cara :

1. Panaskan cream hingga hampir mendidih (sentiasa dikacau)
2. Masuk kan chocolate dan gaul hingga semua chocolate cair dan tidak berketul.
3. Biarkan sejuk sedikit sebelum tuangkan keatas cake.

Pilihan topping yg lebih murah....

Coklat ganache

200 gm susu isian sejat
600 gm coklat masakan
1 sb madu atau margerin

Cara seperti di atas...


Baki yang tinggal ni saya letak lebihan topping creamcheese whoopie pie semalam....marbeles sungguh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...