Tuesday, November 26, 2013

Ayam masak merah berempah

Malam ni saya sediakan lauk ayam ni untuk lunch anak2 esok. Bahan2 sampingan tu semuanya saya tak letak dan bawang dll utk tumis tu saya terlupa nak blend, dah hiris2 terus saya tumis....pastu baru perasan tak ikut kehendak resepi....huhuhu....tapi tak menjejaskan rasapun....

resipi : K.Nor@SecubitGaram

1/2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

bahan penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan blend:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 btg serai

3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
air asam jawa
sedikit air
garam dan gula
minyak

bahan2 sampingan:
2 bj cili hijau ~ dipotong 2
2 bj cili merah ~ dipotong 2
1bj tomato ~ dipotong 6
1 labu bawang besar ~ dipotong 6

Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak tp jgn terlalu garing.
Angkat dan toskan.
Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan cili mesin. Tumis hingga cili mesin menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lg hingga kering sedikit dan masukkan sedikit air, masak hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih (yg dah digaul dgn sedikit air panas hingga menjadi paste) serta sos tiram.
Goreng hingga wangi dan garing baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan gula dan air asam jawa.
Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
Masukkan ayam dan bahan2 sampingan (cili hijau, cili merah, tomato dan bawang besar)
Masak lah hingga kuah hampir pekat, angkat dan hidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...