Monday, April 29, 2013

Ayam sumor solo

Menu tengahari ni hasil cnp dari blog Cikgu ani. Saya tambah cili boh sesudu besar dengan 5 biji cili api yg dibelah dua sebab nak ada rasa pedas sikit.

Ermmmmm...rasanya ada iras2 rendang. Kalau makan dengan pulut kuning pun ok nih. Kalau masak kering2 boleh tahan lama.

Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam - dipotong 4,
digaram kunyit dan digoreng separuh masak. (Saya potong kecil-kecil untuk mudah, sesuai untuk hidangan keluarga)
3 sudu makan kerisik
Santan dari sebiji kelapa
3 batang serai - dititik
2 sudu makan cuka
5 sudu makan kicap lemak manis
garam
gula secukupnya
* 3 sudu makan rempah ketumbar
* 2 sudu makan jintan putih
Saya tambah 1 sb cili boh + 5 biji cili padi dibelah 2

Kisar halus
4 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
1 inci halia

Bahan * hendaklah disangai hingga wangi. Boleh guna serbuk atau biji.
Jika guna biji, boleh dikisar sekali dengan bahan kisar halus.

Cara Memasaknya:

Di dalam kuali atau periuk, masukkan sekali santan, rempah ketumbar, jintan, serai, bahan kisar dan kerisik. Masak dan kacau sesekali sehingga naik bau. Masukkan cuka, kicap, garam dan gula. Masak lagi hingga terbit minyak. Masukkan ayam goreng dan masak hingga kuahnya pekat dan agak kering. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...