Saturday, April 6, 2013

Jem sekaya aka serikaya

Resepi ni saya cnp dari My resepi. Sedap sungguh makan dengan roti. Kalau buat inti pau pun nikmat. Disebabkan sekaya ni homemade, takde la masukkan bahan pengawet jadinya kena la simpan dalam fridge untuk tahan lama...
Bahan-bahan ( seisi keluarga )
6 biji telur
3 cawan santan
450 gm gula pasir
2 sudu besar tepung gandum
Cara-cara
Pukul telur dengan 1/4 (180g) daripada sukatan gula hingga kembang.
Masukkan santan kelapa dan tepung.
Kacau rata.
Jadikan selebih gula pasir tadi , gula hangus. Tuangkan gula hangus ke dalam bancuhan telur dan masakkan di atas api yang sederhana sehingga masak.
Masakkan selama lebih kurang 40-30 minit. lebihan sekaya ini boleh di simpan di dalam bekas tertutup di dalam fridge.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...