Emmmm...dapnya...onde2 keledek...kurang kenyalnya berbanding yg tepung pulut biasa tu.
Keledek ni baki yang buat cek mek molek tapi pagi.
Cara2
3 ketul keledek direbus, kupas kulit dan lenyek.
Tepung pulut
Gula kabung/ gula melaka potong kecil
Kelapa parut digaul sedikit garam
Air untuk merebus
-----
Satukan keledek lenyek dan tepung. Uli sebati hingga jadi doh.
Ambil sedikit doh dah masukkan gula melaka. Bulat2 kan dan masukkan kedalam air mendidih.
Masak hingga onde2 timbul.
Angkat dan gaulkan ke dalam kelapa parut...
Dah siap...senang jer kan.
No comments:
Post a Comment