Thursday, April 18, 2013

Ikan masak asam jawa

Sebelum ni saya pernah postkan resepi ikan masak cuka aka masak acar. Kali ni resepi yang saya Cnp dari ezadlieza.blogspot ni pun rasanya lebih kurang sama. Cumanya resepi ni tak letak biji sawi.

Saya memang suka lauk2 jenis masam2 dan berkuah mcm ni.....makan plsk dengan nasi panas yg tak keras sgt tu....sedapnya susah nak cerita la.... Nak tahu cuba la sendiri.

Bahan 2

keping ikan tenggiri [boleh gunakan ikan lain saperti selar/kembung/bawal]

Bahan Hiris

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar
1 cawan air asam jawa [boleh gunakan cuka..2 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam
Saya tambah gula

Cara

1. Ikan dibersihkan dan gaulkan dengan kunyit & garam
2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan semua bahan yg dihiriskan.
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
5. Bila dah mendidih masukkan ikan, garam, gula, kacau sebati dan tutupkan api.
6. Sedap dimakan ngan nasi putih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...