Monday, April 29, 2013

Bun marble coklat kismis

Resepi ni saya cnp dari Dapur digital. Saya guna tepung gandum 100% dan sebab dua kedai cari tepung roti tak jumpa. Jumlahnya pun saya guna 500 gm jer. Coklat emulco takde jadi saya tukar dengan 1 sb serbuk koko. Egg wash tu saya tak buat sebab saya tak suka bau hanyir telur kat roti tu nanti. Tapi saya sapu dengan mentega lepas kuar oven.

Jadinya gebu juga walaupun guna tepung gandum. Bentuk tunggang langgang sebab buat sebelah tangan. Sicomel sorang tu nak berdukung la pulak... Tapi apa ada pada rupa..kuar jer oven, habis separuh kena ngap....

Bahan-bahan:

Bahan A:
410g tepung high protein
100g tepung superfine
100g susu pekat manis dibancuh dgn air-
3/4 sk garam
7g atau 2 1/2 sk yis segera
1 biji telur - pukul sekejap
130ml air
60g butter - pd suhu bilik

Bahan B:

sedikit kismis dan coklat emulco - dimasukkan selepas perapan pertama

Water-Roux Paste : 25g tepung high protein 125ml air

Masukkan tepung dan air, kacau diatas api perlahan sehingga pekat menjadi pes.

Setelah masak tutup dgn cling film sehingga suam2 kuku dan sedia utk digunakan.

Egg Wash 1 biji telur + 1 sudu kecil susu atau air paip Akak guna golden raisin, bila koyak roti tak kelihatan lah pulak tapi bila makan terasa kismisnya...sedap !

Cara membuat: Masukkan ke dlm mixer kesemua tepung, yis dan water roux. Gaul sekata kemudian masukkan telur, bancuhan susu dan garam.

Uli sehingga membentuk doh. Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga terhasilnya doh yg kenyal dan licin.

Bahagi doh kpd 2 bahagian, satu warna asal dan satu lg masukkan sedikit coklat emulco dan kismis.

Perap selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Kemudian tumbuk biar angin nya keluar lepas tu canai doh biasa letakkan doh coklat atasnya canai lagi kemudian gulung.

Potong gulungan tadi kpd beberapa bahagian, bentukkan menjadi bun atau loaf atau apa saja mengikut citarasa masing2. Susun dlm loyang yg telah digriskan.

Biarkan bun naik 2 kali ganda, kemudian sapukan 'egg wash' atas permukaannya. Bakar pd suhu 180'C selama 15-20 min sehingga keperangan.

Angkat dan sapukan mentega cair atas permukaannya kemudian sejukkan atas redai besi.

Utk mendptkan permukaan yg lembut, bun tadi hendaklah diselimutkan dgn kain bersih. Bila sejuk simpan bun dlm bekas kedap udara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...