Sunday, April 14, 2013

Sate ikan aka lok ching

Jom minum petang dgn sate ikan yang saya cilok resepinya dari Jalanjalan cari makan di kelantan.... Ini first time yg pertama makan benda ni....baca ceritanya cam femes n delicious jer, jadi saya pun google la cari resepi.... Ok gak rasanya. Mcm keropok lekor bakar....

Bahan-bahan:
500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa

Cara memasak:

1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan sedikit serbuk perasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.

SOS Manis Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang. kalu hok toksei raso bawe putih, tokpayoh boh.

Tra la deh, jadi tok jadi atah tange masing2 la. (kredit: engkusulwani.blogspot.com & pinkymomma.com)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...