Wednesday, April 18, 2018

Tauhu Telor Sos Tiram


Hidangan bersama grilled salmon minggu lalu. Tauhu telur sos tiram dengan brokoli dan kacang sweet peas.


Ini pun antara menu mudah disediakan sedap dimakan.

Tauhu telur - potong 2 dan goreng hingga keperangan.
Brokoli dan kacang peas dicelur seketika ( selepas dikeluarkan dari air celuran terus masukkan kedalam mangkuk berisi air ais untuk menyejukkannya serta merta bagi merencatkan proses memasak - supaya tak over cooked. Step ni untuk kekalkan kerangupan sayuran dan warna hijau sayuran).
Susun atas pinggan.

Tumis 5 ulas bawang putih yang dipecahkan ajer dengan sedikit minyak. Tuang sos tiram. gaul rata. masukkan sedikit air, dan perisakan dengan serbuk lada hitam atau putih. Masukkan hirisan cili. Kacau sebentar dan biarkan mendidih seketika. Tuang sos ke atas sayuran dan tauhu yang telah disusun di atas pinggan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...